Friday, November 18, 2011

Tips Utk Mendapat Ketenangan

Anda rasa resah gelisah? Tidak tenang? Gundah gulana? 

Tahukah anda bagaimana kita boleh dapatkan ketenangan?


ALLAH SWT telah menunjukkan kepada kita bagaimana utk menjadi seorang yg tenang dalam Surah 42: Surah al-Syura (Mesyuarat) : 36-39

Orang yg Beriman kepada Allah.
Orang yg menyerah dirinya kepada Allah dan segala urusannya baik dr segi rezeki mahupun anak.
Orang yg tidak melakukan dosa-dosa besar.
Orang yg tidak melakukan perkara-perkara keji.
Orang yg memaafkan org lain padahal dia layak marah atau patut marah.
Orang yg menyahut ajakan kepada Allah dan perkara kebaikan.
Orang yg mendirikan solat.
Orang yg suka kepada perbincangan (musyawarah) pada setiap perkara yg dilakukan.
Orang yg menafkahkan rezeki atau menderma harta.


Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka2 yg mendapat ketenangan.

Seharusnya sebagai hamba-NYA kita perlu menyerah diri secara total kpd Allah Yg Maha Kuasa. Walau sekecil mana pun perkara itu, jika kita serahkn kpd NYA insyaallah akan mudahlah kita mencapainya.

Ramai yg tahu rezeki datang dari Allah..tetapi ramai juga yg tidak tahu, dalam tidak sedar mereka serahkan rezeki kpd manusia. Bagaimana? Pernah dengar kata-kata seperti "Matilah aku, gaji lambat lagi ni..nk bg ank bini mkn apa?" @ "Kalau dia tak beli barang aku ni, alamatnya kuranglah bonus aku bulan ni" Sebenarnya dlm tidak sedar dgn kata-kata itu kita telah meletakkan kuasa memberi rezeki pd tangan manusia.

Cubalah kita renung kembali kejadian2 yg pernah berlaku dlm hidup kita yg lalu...pernahkah bila kita kesempitan wang tiba2 ada pula orang yg dtg utk bayar hutang yg kita dah tak ingat? Pernahkah bila kita sedang menahan lapar akibat berjimat dan tiba2 dtg seseorang belanja kita lunch/ dinner? Bagaimanakah mereka ini boleh 'tiba-tiba' datang dan memberi apa yg kita mahukan? Bukankah dgn hati yg telah digerakkan oleh Allah? Jadi bagaimanakah bisa kita katakan rezeki gaji itu majikan yg berikan? Rezeki makan itu kawan yg belikan?

Ketika Allah memberikan pertolongan, Dia selalu menggunakan perantara. Sebagai contoh, utk melindungi kita, Dia menganugerahkan ibubapa kpd kita. Allah SWT juga mengurniakan oksigen dgn perantaraan hutan. Walaupun Allah sentiasa memberikan rezeki melalui perantara, kita adalah dilarang sama sekali utk meyakini bahawa rezeki itu dtg dr perantara.
Bagi orang-orang yg bersyukur dan berserah diri kpd Allah, Dia akan menunjukkan kasih sayang-NYA. Adapun orang-orang yg menolak berserah diri kpd-NYA, Allah SWT akan memperlihatkan kemurkaan-NYA.

Begitu juga apabila kita mahu membuat amal kebajikan. Buatlah dgn niat semata-mata krn mahukan keredhaan Allah SWT, bukan utk nama, pangkat, mahupun wang ringgit. Begitulah yg selalu NJC tekankan kpd diri sendiri dlm NJC jalankan bisnes DCL ini. Betulkan niat setiap hari, NJC buat bisnes ini demi memenuhi Tabung Jihad dan Tabung Kairat Rakan Niaga. Kita tidak akan tahu bila masanya kita akan pergi dr dunia ini, jadi apakah kita yakin dgn jumlah bekal yg akan kita bawa? Biarlah bekalan itu yg boleh terus-terusan memberikan syafaat kpd kita di alam yg satu. Buatlah bisnes DCL ini dgn niat memanjangkan amalan bersedekah amal jariah.

Bilamana niat kita hanya krn Allah, maka kita tidak akan kecewa apabila berlaku sesuatu kpd diri kita. Kerana kita yakin bahawa Allah adalah Perancang Terbaik melebihi segalanya. Dan Allah Maha Adil ke atas segala sesuatu. Setiap kejadian yg berlaku pasti akibat dr perbuatan kita yg lalu. Subhanallah..Allah memang MAHA ADIL...

2 comments:

  1. betul tu nurul...kita buat kerana Allah s.w.t...lagi lama kita buat lagi tenang hati kita ni...sebab segala rezeki semuanya datang dr Dia..Insya Allah btl kan Niat Buat apa pun kerana Dia yang maha Berkuasa di muka Bumi ini..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...