Wednesday, February 29, 2012

7 Kategori KAYA

KAYA!!!! semua orang dalam dunia ni bercita-cita dan mahu untuk menjadi KAYA!!!! Tetapi adakah kita ingin menjadi KAYA dengan mencapai KEKAYAAN REALITI ataupun KEKAYAAN ILUSI????

Dalam dunia moden ini, kekayaan itu boleh dibahagikan kepada 7 kategori :

1) KAYA DALAMAN
Memiliki SET MINDA yang POSITIF, HARGA DIRI yang TINGGI, KETENANGAN DALAMAN dan KEKUATAN SPIRITUAL yang TINGGI.

2) KAYA KESIHATAN
HEALTH IS WEALTH (Kesihatan itu KEKAYAAN) Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

3) KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang BAIK DAN HARMONI, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti DIUTAMAKAN kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

4) KAYA KERJAYA
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah WADAH bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

5) KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang BIJAKSANA. Jangan sekadar hidup secara BIASA-BIASA sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai LEGASI kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

6) KAYA PENGALAMAN
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa KEKAYAAN yang sukar untuk digambarkan.

7) KAYA EKONOMI
Wang, walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.

Jadi, inilah Tujuh elemen yang perlu ada pada setiap kita untuk mencapai KEKAYAAN REALITI. Tanpa ketujuh-tujuh elemen ini, manusia hanya akan mendapat KEKAYAAN ILUSI semata....Mengikut kajian Barat, memiliki wang yang banyak BUKANLAH SYARAT utama untuk menjadikan seseorang itu KAYA dalam erti kata yang sebenar....

~ Jadi, dimanakah kedudukan kita yang sebenarnya??? Adakah kita ingin mencapai 
KEKAYAAN REALITI @ KEKAYAAN ILUSI??? 
Tepuk dada tanya diri anda.... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...