Sunday, October 23, 2011

LELAKI....AWAS Kanser PROSTAT!!


Apa itu PROSTAT?

PROSTAT adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundi-pundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.


TANDA-TANDA

Kanser prostat yang baru bermula seringkali tidak menunjukkan tanda-tanda. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

  • Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.
  • Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan.
  • Tidak boleh mengeluarkan air kencing.
  • Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat.
  • Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing.
  • Terasa sakit ketika air kencing keluar.
  • Terdapat darah dalam air kencing atau air mani.
  • Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau peha.
  •  
     
     
    Peringkat A

    Kanser tidak dapat ditemui melalui pemeriksaan dubur tetapi ditemui semasa pembedahan untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil. Tumor pada peringkat A tidak merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.

    Peringkat B

    Tumor tersebut boleh dirasai semasa pemeriksaan dubur, tetapi kanser tersebut belum merebak ke bahagian lain selain daripada prostat.

    Peringkat C

    Kanser tersebut telah merebak keluar daripada prostat ke tisu-tisu berdekatan.

    Peringkat D

    Sel-sel kanser telah merebak ke limfa berhampiran atau ke bahagian-bahagian lain badan, selalunya ke tulang-tulang.



    SEBAB-SEBAB

    Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanser prostat biasanya dihidapi oleh lelaki yang berumur 55 tahun ke atas, manakala purata usia pesakit semasa diagnosis adalah 70. Penyakit ini lebih kerap menyerang lelaki berkulit hitam daripada lelaki-lelaki berkulit putih. Hakikatnya, kebanyakan lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat mempunyai kadar kanser prostat yang tinggi di dunia.Para saintis sedang mengkaji kesan-kesan diet. Beberapa bukti menunjukkan bahawa diet berlemak tinggi meningkatkan risiko mendapat kanser prostat, tetapi ini belum lagi dapat dibuktikan. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa lelaki-lelaki yang terdedah kepada logam kadmium semasa pengimpalan, penyaduran elektrik, atau membuat bateri mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut. Pekerja-pekerja di industri getah juga kelihatan lebih kerap menghidap kanser prostat.

    CARA RAWATAN YANG DICADANGKAN





    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...