Thursday, October 11, 2012

Radang Sinus Atau Resdung

kawasan gejala hidung tersumbat


Apa Itu Sinus?
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary

Apa Itu Radang Sinus? 
Radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi kepada semua orang termasuk kanak-kanak.

Simptom Radang Sinus
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.
Punca Resdung
  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 
Petua Mencegah Radang Sinus

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  • Ubat selesema
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
  • Rawatan dengan menggunakan produk DCL
Bancuhkan 2 sudu AMAZING dengan air suam, minum 3 kali sehari


Ambil NU~CELL 2 sachet setiap hari (pagi dan malam)


Titiskan 2-3 titik ke dalam hidung dan sedut perlahan-lahan sebelum tidur

CALL NJC untuk dapat kan SET RESDUNG

017-3389785

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...