Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Teruskan Berusaha, JANGAN Berputus Asa


Dalam hidup ini ada pelbagai jenis bentuk kerisauan yang sentiasa hadir dalam diri seseorang. Ianya adalah merupakan proses kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari sebarang masalah. Antara kerisauan yang biasanya kita hadapi adalah mengenai masa hadapan kita. Apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan? Nak kerja apa dah habis belajar nanti? Bila agaknya boleh berjaya seperti orang lain? Itulah beberapa contoh persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita.

Masa hadapan adalah perkara yang selalu menjadi kerisauan dalam diri kita. Kita sangat risau jika tidak dapat kerjaya yang baik di masa hadapan kerana kita sudah tentu mahu hidup dengan senang di masa hadapan. Bagi seorang pelajar, selepas belajar nanti siapa yang nak sara hidup kita jika bukan diri kita sendiri. Banyak perbelanjaan dan perkara yang perlu kita tanggung. Malah kita juga perlu membantu ibu bapa kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di masa hadapan nanti.
Masa yang lepas sudah pun berlalu. Namun kita mungkin rasa menyesal dengan masa lepas kerana menyalahkan diri kita sendiri. Kita akan rasa bersalah kenapa kita tidak belajar dengan bersungguh-sungguh masa zaman kanak-kanak dahulu. Jika kita rajin masa zaman remaja dulu sudah tentu dapat masuk ke universiti, dapat aliran dan bidang yang menjanjikan kerjaya yang lebih baik seperti doktor, farmasi, jurutera dan lain-lain. Itu semua adalah perkara biasa yang mungkin bermain dalam fikiran kita.


Bangkit Dari Kegagalan Lepas
Walau di mana sahaja tahap kita berada sekarang, kita masih boleh berubah dan berjaya dalam hidup kita. Masa yang lepas biarkan ianya lepas. Jadikan ianya sebagai pengajaran yang berguna dalam hidup kita. Kita masih ada masa lagi pada hari ini untuk melakukan sesuatu yang boleh mengubah nasib diri kita. Kita masih ada masa untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan pada hari ini. Teruskan berusaha dengan penuh semangat yang kita sebenarnya boleh mengecapi kejayaan dalam hidup ini.
Orang yang berputus asa adalah orang yang rugi. Memang benar tersangatlah rugi bagi orang yang mudah berputus asa dalam hidupnya. Tidak ada orang yang dapat membantu jika mereka telah berputus asa dalam hidupnya. Kita sepatutnya jangan mudah berputus asa walaupun telah banyak kali kita gagal dalam hidup ini. Kegagalan adalah satu ujian dalam hidup ini. Lihatlah kepada orang-orang yang telah berjaya. Mereka juga pernah gagal dalam hidup mereka. Jadikan kejayaan mereka sebagai pencetus semangat untuk terus berjaya.

Bersyukur Atas Nikmat Yang Diperolehi
Kita sepatutnya bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Bersyukurlah dengan rezeki yang kita perolehi pada hari ini. Kita tidak tahu bila-bila masa sahaja ianya akan ditarik balik. Jangan kita jadi orang yang lupa diri dengan nikmat yang kita perolehi. Jika kita seorang yang bersyukur, mudah-mudahan nikmat yang kita perolehi hari ini akan semakin bertambah lagi.
Setiap orang akan dapat merasai nikmat dalam hidup ini. Nikmat bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Kekayaan dengan harta benda bukanlah segala-galanya dalam hidup seseorang. Kebahagiaan hidup adalah nikmat yang sebenarnya. Sudah tentu kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat yang kita mahukan. Semoga Allah mencukupkan kita nikmat semasa di dunia, dan memperbanyakkan nikmat pada hari akhirat kelak.

Sebagai kesimpulan, dalam hidup ini banyak perkara yang berlaku akan sentiasa menguji kesabaran kita. Kadang-kadang apa yang kita telah usahakan tidak memberikan hasil seperti yang kita harapkan. Itu memang perkara yang biasa berlaku dalam hidup kita. Namun begitu, kita jangan lekas marah, mengeluh, putus asa dan sebagainya. Kita perlu ingat yang kita masih ada Allah yang sentiasa bersama dengan kita, kerana hanya kepadaNya tempat untuk kita meminta pertolongan. Berdoalah kepada Allah diwaktu susah dan senang.

Jika sudah berjaya pula, janganlah jadi orang yang lupa diri kerana kepada Allah lah tempat untuk kita bersyukur. Bersyukurlah kepadaNya atas segala nikmat yang kita perolehi pada hari ini. Kita tidak dapat melihat masa hadapan kita, tapi kita boleh mengubah masa hadapan kita supaya menjadi lebih baik. Apa sahaja yang kita lakukan pada hari ini akan memberi kesan kepada masa hadapan kita.
“Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada hari semalam, tapi kita boleh menjadikan hari esok lebih baik dari hari semalam.”

Artikel di petik dari :- http://www.layarsukses.com/teruskan-berusaha-jangan-berputus-asa/

Monday, May 28, 2012

Fokus Adalah Kunci Kepada Kejayaan Sesuatu Usaha


Dalam hal mengejar cita-cita dan impian, tumpuan kita sering diganggu oleh perkara-perkara yang tidak dijangka. Kadang-kadang gangguan itu menyebabkan kita lupa kepada matlamat utama yang ingin dicapai. Sering juga gangguan-gangguan tidak terjangka itu mematahkan semangat kita untuk terus berusaha mencapai impian. Apapun gangguan yang menghalangi jalan kita untuk menuju ke arah kejayaan, itu bukanlah masalah utama yang menyebabkan kita gagal untuk mencapai impian hidup. Sebenarnya masalah utama yang kita sering hadapi adalah hilang tumpuan untuk mencapai harapan dan impian hidup. Ramai orang begitu bersemangat untuk memulakan sesuatu usaha tetapi hanya sedikit yang berjaya menyelesaikan usaha itu dan menikmati hasilnya. Sebabnya hanya satu iaitu terlalu sedikit orang yang benar-benar fokus dalam sesuatu usaha. Tahu kenapa? Ini kerana hanya orang yang berjiwa besar dan kuat sahaja yang selalunya fokus di dalam hidup. Tidak hairanlah apabila kita bertanya tentang rahsia kejayaan orang-orang yang hebat, mereka akan menjawab fokus itulah kunci kepada kejayaan mereka.




Friday, May 11, 2012

Hidup Perlu Positif..

Dalam perjalanan hidup ini terlalu banyak liku yang perlu ditempuhi. Adakalanya kita keliru untuk memilih jalan yang harus disusuri kerana ada waktunya terlalu banyak persimpangan jalan di hadapan. 

Kadang-kadang kita memilih jalan yang betul dan kita meneruskan lagi perjalanan hidup ini sehingga ke persimpangan yang seterusnya. Seringkali juga kita terpilih jalan yang salah sehingga kita terpaksa berpatah balik untuk mencari jalan yang betul. 

Begitulah hidup ini, kita memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Memang masa itu tidak boleh diputar balik tetapi untuk memulakan sesuatu yang baru bukanlah mustahil. 

Jika anda gagal mencapai sesuatu, jangan terlalu bersedih kerana selagi ada waktu yang tinggal anda masih boleh mencuba. Jangan anggap semua hidup anda adalah milik takdir. Memang 10% daripada hidup ini tidak boleh dikawal kerana ia adalah takdir yang berlaku kepada kita. Tetapi 90% daripada hidup ini kita boleh kawal kerana ini adalah bahagian bagaimana kita bertindak ke atas takdir yang telah berlaku kepada kita. 

Oleh itu, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan tindakan:- bijak atau tidak bijak. Sebagai contoh, suatu pagi sebelum anda ke tempat kerja, anda bersarapan bersama anak dan isteri. Secara tidak sengaja anak anda telah tertumpah kopi ke atas baju anda. Kalau anda bijak, anda akan mengatakan "Tidak apa sayang, kamu cuma perlu berhati-hati lain kali". Anda tersenyum dan bergegas semula untuk menukar pakaian. Apabila anda keluar anak anda sudah pun menaiki bas sekolah dan sempat melambaikan tangan ke arah kamu dengan gembira. Anda pula terus ke tempat kerja dengan perasaan tenang. Tapi jika anda tidak bijak, anda akan menengking anak anda itu. Anak anda itu pula menangis teresak-esak dan terus pergi ke sekolah dengan perasaan yang amat sedih dan rasa bersalah. Anda pula pergi ke tempat kerja dengan perasaan yang tidak tenang dan dengan muka yang masam. Siapakah yang patut disalahkan di sini. Cawan kopi? Anak anda? Isteri anda ataupun anda sendiri? 

Sebenarnya tiada pihak yang perlu disalahkan di sini kerana apa yang berlaku itu memang tidak dapat kita kawal. Anda tidak akan tahu bahawa cawan kopi itu akan tertumpah pada pagi itu. Tetapi tindakan ke atas apa yang telah berlaku sememangnya anda boleh kawal. 

Hanya anda yang perlu tentukan sama ada tindakan itu dapat mengurangkan masalah ataupun menambahkan lagi masalah.


"Renung-renugkanlah............."

Thursday, March 1, 2012

Tetapkan Halatuju Anda!!!

“Without goals, and plans to reach them, you are
like a ship that sail with no destination” – (Fritzhugh Dodson)

Itulah perumpamaan bagi orang yang tidak punya tujuan dalam hidupnya.

Banyak orang melakoni perannya, tapi tidak tahu arah hidup yang ingin ditujunya. Mereka-reka hidup adalah apa yang kemudian dilakukannya.

Bila sesuatu hal buruk terjadi, mereka akan berdalih nasib tak berpihak padanya.

Memang jarang seseorang itu menyedari tujuan hidupnya pada usia tua. Kita seringkali  tidak berani melakukan perubahan dalam hidup. Dengan hanya menunggu, dan menunggu adanya perubahan tersebut… hingga akhirnya tujuan hidupnya tidak tercapai!

Sebenarnya, jika kita imgin mengubah tujuan hidup hal yg terpenting perlu dititikberatkan adalah tercapainya sesuatu yang kita impikan.

Setidaknya kita tahu ke mana kita akan berjalan dan strategi apa yang harus diambil.

4 Cara Untuk Menetapkan Tujuan Hidup:


1. Apa sebenarnya keinginan kita?
Tanyakan pada hati nurani, apa sebenarnya keinginan kita untuk beberapa tahun ke depan? Tidak ada salahnya jika kita berimpian dan tidak perlu malu mengakuinya....


2. Kumpulkan informasi.Dengan mengumpulkan informasi, kita lebih mudah mencapai tujuan yang diinginkan. Jika sudah ada orang lain yang berjaya melakukan kita seharusnya belajarlah dari mereka yang telah mencapai kejayaan.
Lakukan apa yang mereka kerjakan!


3. Bertindak
Lakukan sesuatu dan secara terus menerus sehingga tercapai impian hidup yang diinginkan!

4. Tingkatkan kemampuan
Tingkatkan tahap kemampuan diri kita semaksimun yang boleh.


Jika 4 cara ini  lakukan secara terus menerus tanpa putus asa, Insya-Allah kita akan mencapai impian dan  tujuan hidup yang diinginkan.

Wednesday, February 29, 2012

Jangan BerALASAN!!!

Alasan adalah cara terbaik untuk seseorang pemalas yang tidak mahu melakukan sesuatu kerja atau mengelak untuk mencapai sesuatu objektif. Alasan juga akan menenangkan diri anda bahawa anda mempunyai sebab untuk tidak melakukan sesuatu. Tetapi sedarkah anda bahawa anda hanya sedang menipu diri sendiri berbanding menipu orang lain.

Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan oleh seseorang untuk TIDAK memulakan perniagaan....

1. Saya tidak mempunyai idea atau saya terlalu banyak idea sehingga tidak tahu di mana nak mulakan....
Idea semata-mata hanyalah sampah. Idea perlu disusuli dengan kajian dan kemudian tindakan. Dalam hampir semua keadaan, idea hanyalah 1% daripada kejayaan, manakala 99% lagi datangnya daripada TINDAKAN!!! Ramai orang mempunyai pelbagai idea, tetapi hanya beberapa orang yang akan berusaha melaksanakan sesuatu idea. Jika anda mempunyai banyak idea sekalipun, ianya tidak berguna jika tidak menghasilkan duit. Idea perlu menghasilkan duit.

2. Saya tidak mempunyai masa
Siapa yang mempunyai masa ? Anda boleh menghabiskan masa untuk berborak kosong, menonton tv dan tidur berjam-jam, tetapi anehnya anda tidak mempunyai masa untukmeningkatkan pendapatan anda.
Tidakkah dengan bertambahnya pendapatan anda, anak anda akan mendapat kehidupan yang lebih baik ? Adakah berborak kosong, menonton TV dan tidur berjam-jam lebih penting berbanding kehidupan anak anda ? Pernah tak anda habiskan kerja yang perlu dihabiskan dalam masa 7 hari hanya dalam satu malam sewaktu mengejar dateline ? ini membuktikan anda sebenarnya mempunyai masa yang banyak sekiranya anda berusaha atau terdesak.

3. Saya perlu betul-betul bersedia sebelum memulakan bisnes
Ramai orang yang bercakap sebegini tidak akan memulakan sesuatu itu sehingga ke akhir hayatnya. Anda tidak perlukan PHD untuk memulakan sesuatu. Jika anda mulakan selepas mempunyai PHD, anda akan menyesal.

4. Saya tak nak membuang masa dengan sesuatu yang akan gagal, saya hanya nak teruskan idea yang benar-benar terbukti berjaya ?
Bagaimana ia boleh terbukti berjaya jika anda tidak mencuba ? Perniagaan adalah satu pembangunan yang memakan masa yang panjang. Anda perlukan banyak masa untuk belajar dari kegagalan. Jadi anda tidak akan tahu samada sesuatu itu akan betul-betul berjaya atau tidak.
Jika anda sudah tahu sesuatu idea itu terbukti berjaya, pada waktu itu sudah terlewat bagi anda kerana sudah ada orang lain yang sudah memulakannya.

Sekian, terima kasih


PLEASE!!!!!!!!!!



7 Kategori KAYA

KAYA!!!! semua orang dalam dunia ni bercita-cita dan mahu untuk menjadi KAYA!!!! Tetapi adakah kita ingin menjadi KAYA dengan mencapai KEKAYAAN REALITI ataupun KEKAYAAN ILUSI????

Dalam dunia moden ini, kekayaan itu boleh dibahagikan kepada 7 kategori :

1) KAYA DALAMAN
Memiliki SET MINDA yang POSITIF, HARGA DIRI yang TINGGI, KETENANGAN DALAMAN dan KEKUATAN SPIRITUAL yang TINGGI.

2) KAYA KESIHATAN
HEALTH IS WEALTH (Kesihatan itu KEKAYAAN) Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

3) KAYA PERHUBUNGAN
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang BAIK DAN HARMONI, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti DIUTAMAKAN kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

4) KAYA KERJAYA
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah WADAH bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

5) KAYA LEGASI
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang BIJAKSANA. Jangan sekadar hidup secara BIASA-BIASA sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai LEGASI kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

6) KAYA PENGALAMAN
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa KEKAYAAN yang sukar untuk digambarkan.

7) KAYA EKONOMI
Wang, walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.

Jadi, inilah Tujuh elemen yang perlu ada pada setiap kita untuk mencapai KEKAYAAN REALITI. Tanpa ketujuh-tujuh elemen ini, manusia hanya akan mendapat KEKAYAAN ILUSI semata....Mengikut kajian Barat, memiliki wang yang banyak BUKANLAH SYARAT utama untuk menjadikan seseorang itu KAYA dalam erti kata yang sebenar....

~ Jadi, dimanakah kedudukan kita yang sebenarnya??? Adakah kita ingin mencapai 
KEKAYAAN REALITI @ KEKAYAAN ILUSI??? 
Tepuk dada tanya diri anda.... :)

Sunday, February 12, 2012

Jangan TAKUT!!!


Gambar Hiasan

Kejayaan adalah milik anda yang berusaha, berkorban dan banyak berdoa, bukan milik mereka yang duduk diam menunggu rezeki datang. Pada satu tahap anda akan mengetahui bahawa anda sebenarnya bertanggungjawab ke atas segala apa yang berlaku dalam kehidupan anda, samada kegagalan mahupun kejayaan. Kedua-dua perkara ini datang dari diri anda kerana anda adalah yang memulakannya. Apabila anda menemui kegagalan, anda tidak jumpa satu alasan yang boleh menyalahkan orang lain terhadap kegagalan itu, kerana ia juga bermula dari diri anda, apa yang pasti saat itulah anda akan jumpa jalan menuju kejayaan dengan cara anda sendiri. 

Hanya anda yang mampu memikul bebanan hidup anda, bukan orang lain. Apabila anda menganggap bahawa hidup ini adalah satu tugas, maka laksanakan dan selesaikanlah tugas ini sebaik mungkin. Bila anda menganggap hidup ini satu beban maka pikullah ia sebaik-baiknya. Matlamat dan kejayaan dalam kehidupan ini pasti ditemui disaat anda menjalani perjalanan hidup ini, dan itu lebih baik daripada anda duduk diam dengan tidak melakukan apa-apa tindakan.

Jangan takut untuk mengambil langkah yang besar apabila itu satu keperluan, anda tidak boleh melepasi satu jurang yang besar hanya dengan satu langkah yang kecil.

artikel dari http://www.azizullemin.com

Renungan NJC: GAGAL dan KEGAGALAN adalah dua perkara yang berbeza. GAGAL bermakna anda sudah bertindak manakala KEGAGALAN boleh jadi kerana takut untuk bertindak.

Thursday, January 26, 2012

TIPS Untuk Rasa Lebih Tenang

  • Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
  • Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
  • Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk


  • Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.
  • Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”
  • Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.
  • Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…
  • Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.
  • Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.

  • Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.
  • Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.
  • Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….
Artikel dari Blog PakarHowTo

Thursday, January 12, 2012

Sampai Bilakah ???


TAHUN PERTAMA DI OFIS
*Banyak Relax....
*Hati senang.....


TAHUN KEDUA DI OFIS
*Banyak kerja...
*Kurang masa bersenang lenang


TAHUN KETIGA DI OFIS
*Apesal boss asek nampak aku je?????




TAHUN KEEMPAT DI OFIS
*Semua orang dh berhenti kerja ke?????
*Nak cukur bulu kaki pun dah tak sempat!!!



TAHUN KELIMA DI OFIS
*LANTAKLAH kerja bertimbun pun..aku pedulik HAPE!!!!


=>> Sampai bilakah anda mahu begini???<<=

Ubahlah cara hidup anda hari ini utk kesenangan anda di masa depan...

NJC aimed for :

TIME FREE & DEBT FREE!!!!
BEBAS MASA & BEBAS KEWANGAN!!!


ANDA???!!!

Friday, January 6, 2012

Cabar Diri Untuk Berjaya!

Dalam sebuah artikel motivasi yang saya baca, katanya untuk berjaya kita kena ada prinsip 3S – Sasaran, Strategi, Sikap.

Nak berjaya, orang lain tak boleh paksa-paksa. Keinginan mahu berjaya tu kena timbul dengan sendirinya dari dalam diri Anda.

Cetusan untuk berjaya biasa datang dari orang-orang sekeliling.

Kekadang orang perlekeh kita, orang pandang rendah kita, kekadang orang memijak-mijak potensi diri kita.

Dek tak tahan asyik di ‘buli’ dan direndah-rendahkan, kita tekad nak berjaya sebab kita mahu buktikan yang kita boleh mencapai sesuatu, memiliki sesuatu mengalahkan mereka.

Kejayaan sekarang diukur dari aspek material dan kewangan.

Dalam masyarakat kita, kejayaan seseorang di ukur dari dua aspek tadi – harta dan duit.

Anda masih dianggap kurang berjaya bila harta Anda cuma sedikit. Orang akan pandang Anda sebelah mata apabila duit Anda masih sedikit.

Saya menyeru Anda supaya mencabar diri sendiri untuk berjaya.


Memiliki material dan sumber kewangan besar yang mantap tak salah, janji niat kita mempamerkannya adalah untuk dijadikan sumber inspirasi pada orang-orang lain di sekeliling kita.

Jangan nak menunjuk-nunjuk dah le.

Hati kita sendiri pun kena dikontrol. Sebab bila dah berharta dan berduit, kita terdorong untuk bersikap riak.

Orang lain hatta mak bapak kita sendiri tak boleh paksa kita nak berjaya. Makin diorang paksa, makin keras kepala kita.

Kita akan makin tak nak. Contohnya? Berjaya dalam pelajaran.

Mak suruh belajar, bapak suruh belajar. Makin di suruh belajar, makin kita tak nak. Pelajar yang cemerlang mahu cemerlang sebab kemahuan tu timbul dari keinginan diorang sendiri. Tak dipaksa.

Cepat atau tidak keinginan kita nak berjaya tu muncul bergantung pada diri kita, khususnya matlamat kita. Apabila kita tahu apa yang kita nak capai, secara otomatik keinginan untuk berjaya tu akan timbul serta merta, membara dan makin membara dari sehari ke sehari.

Makin kita ingat apa yang kita nak capai, makin bersemangatlah kita jadinya.

Mulai hari ini, seperti yang saya katakan tadi, saya menyeru Anda, mengajak Anda mencabar diri untuk berjaya.

Saya cabar Anda, Anda cabar saya balik.

Masing-masing kita saling cabar mencabar. Bukan mencabar apa, mencabar diri untuk berjaya.

"Sebagai seorang pekerja, saya cabar diri saya buat kerja sehabis baik, sebaik mungkin, sebagus mungkin, sehebat mungkin, serajin mungkin, sekualiti yang mungkin. Saya tak kisah pasal politik pejabat.

Yang penting, kerja saya siap on-time, kualitinya bagus dan memenuhi kriteria ketua saya. Ketika bekerja, saya lebih pentingkan professionalisma."

Agama Islam mengajar kita jadi berdisiplin.

Buktinya, orang yang menyempurkan sembahyang di awal waktu, ganjaran pahalanya lebih baik dari orang yang bersembahyang di akhir-akhir waktu.

Islam memberi amaran pada umatnya yang melambat-lambatkan sembahyang, yang melengah-lengahkan waktu sembahyang, bahkan memberi amaran yang amat keras pada orang yang suka bersembahyang di akhir waktu.

Ingat 3 S tadi - Sasaran, Strategi, Sikap.

Paling akhir tu yang kita kena jaga.

Sikap kita.

Kena positif, kena bagus, kena berdisiplin supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perkara yang kita usahakan.

Biar kita cuma orang biasa, janji pencapaian kita luar biasa.

Monday, December 19, 2011

Change To Grow

Untuk Berjaya Just Simple Things yang kita kena buat iatu Ubah Sikap & Gaya Pemikiran. Bukan perlu Ubah Kereta atau Rumah, Duit Kena Banyak dalam poket, Kena Kurus dulu Baru boleh Berjaya. Kenapa kita perlu nk jadi orang lain baru boleh nak berjaya?? Jadi diri sendiri just u must Change ur Attitude & Gaya Pemikiran untuk berjaya dan Menang dalam Perjuangan Ini.

1. Ubah Cara Berfikir
Sebelum ni kalau selalu fikir asyik tak BOLEH..Ini susah + Anak-anak kecik lagi tunggu anak besar dulu, Suami tak bagi, Tak der masa nk Bisness..Try Change benda ni..Try buat ianya mudah Kerana Setiap Kejayaan Pasti ada CARA...klu nk tunggu anak2 besar besar baru nak buat !!! KJC nak tanya kita ni pasti ker dpt hidup sampai anak-anak besar, Hidup ini belum pasti esok belum tentu pasti kita hidup..sementara kesempatan yang ada ni buat lah..supaya bila kita tiada nanti mungkin akan ada sesuatu yang kita tinggalkan pada pewaris kita..
Suami tak bagi sebab diaorang tak Faham...!! try bt Bisness ni tunjuk kan BUKTI pasti dia akan Faham..!! Wahai wanita/isteri kita kena fight...jangan hanya redha dengan inilah " nasib aku nk buat macamana" ..Suami kita ni ada dua kemungkinan pertama samaada tak orang sayang dulu atau Allah sayang dulu..Itu semua kita tak boleh nk tolak..so kita kena prepred dr skrg..Fikirlah !!! jangan dh terhantuk baru nk rasa sakit..Ubah !!

2. Ubah Kawan
Bukan maksud NJC buang kawan-kawan yang telah sedia ada masih lagi berkawan cuma untuk berjaya berkawan lah dengan orang-orang yang berjaya dan yang banyak membantu di antara 1 sama lain. Bukan menjatuhkan di antara satu sama lain.

3. Ubah Tempat
Ubah tempat lepak atau tempat Mesyuarat contoh Kedai-kedai kopi/Mapley/Kedai makan yang hanya bercerita omong-omong kosong tanpa memberi apa-apa kebaikkan atau faedah..Try ubah tempat yang banyak Majlis ilmu atau Seminar yang boleh menaikkan Motivasi diri sendiri. Siapa kata mula-mula kena minat..Cuba ubah try to change..Insya Allah Pasti boleh..

4. Ubah Tindakan
Tindakan bermula dari anda sekarang Jelaskan & Tepatkan Ur Goal Setting dalam tempoh 2 - 3 tahun pertama Nak dapat Pangkat apa?? Kereta Apa?? Income Berapa..?? Belum Cuba jangan Cakap Tak Boleh.. Tindakan + Work Smart baru boleh cipta Hasil yang betul2 maksimum..U can fly high if u can..

Friday, December 16, 2011

Terima Kasih Buatmu........

Betul sangat la apa yg leader NJC ; Kak June Cantek pernah cakapkan dulu...akan datang satu tahap kita memang tak menang tangan kumpul testimoni dan khabar gembira dari pelanggan...dan waktu itu appointment memang akan mencurah2 masuk..alhamdulillah...NJC sedang bergerak ke arah itu...kalian tunggu apalagi? Mari join cepat2...selain dapat kesihatan dan kecantikan..anda juga akan dapat menjana pendapatan keluarga..dan menambah keberkatan yg sedia ada... i show u the way...

Berterima kasih yang tak terhingga buat Kda Cantek yang memperkenal kan NJC dgn bisness yang santai ini.. Peluang yang NJC amik betul2 telah merubah kehidupan... Disampin menjaga kesihatan & kecantikkan... Dapt menambah pendapatn keluarga..


Juga berterima kasih pada Pn Azah dia merupakan bisness partner NJC yang turut menyertai bisnes yang mudah dan pantas ini...  Pn Azah SBC di Kuantan serta kawasan sekitarnya..... Sama2 berjuang untuk mencapai impian kita semua.....

Bekerja dalam satu kumpulan, ia amat mudah dan senang... Dalam "TEAM CANTEK" semua bekerjasama, dan saling bantu membantu.... Pendek kata bisnes yg NJC buat ni tidak STRESS... sentiasa berlapang dada... Cabaran hebat mcmana pn ttp dpt di harungi... kerana adanya sebuah kumpulan yg PRIHATIN.. Mmg menggembirakan!!!




Terima Kasih Yang Tak Terhinnga Buat "TEAM CANTEK" yang byk membantu NJC......

Terima kasih juga pada EN MOHD SHARUL... yg sentiasa memahami NJC....
Hidup kami kini lebih sempurna, tenang sentiasa gembira selalu.........


SO..... ANDA BAGAIMANA???
Hubungi NJC utk keterangan lanjut.......

017-3389785


Wednesday, December 14, 2011

Tabung Jihad 0.25 %

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,

Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: " Aku takut kepada Allah ”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Yayasan Qaseh DCL

Bantuan Mangsa Banjir di Perlis & Kedah..

1 Wadah perjuangan Lebih Adil Lebih Sukses.

Moga Allah s.w.t membalas segala Usaha Murni kita yang selama ini yang menghulurkan bantuan tanpa kita tau siapa yang menerima..Inilah dikatakan Tabung Jihad 0.25% Membeli sahaja Barang/Produk DCL 0.25 % kita telah sedekah kepada Tabung Jihad DCL...

Dimana duit2 yang kita beli itu Sykt akan mengambil 0.25% tuh akan disumbang terus kepada Anak-anak Yatim Islam, Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Mangsa Bencana..Yang terbaru kita telah sumbangkan separuh kepada Bantuan Mangsa Banjir Di perlis & Kedah..

WALAUPUN kita tidak dapat ke sana..Tetapi Duit yang kita hulurkan telah meringankan beban pada mangsa Banjir di sana...Alhamdulillah..membeli sambil menderma....itu yang NJC harapkan...
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)





Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” –(Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.

Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.

Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.

Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.

Betulkan dengan apa NJC bgtau dengan hanya membeli sahaja tak makan lagi tk guna pun Produk..Kita dh bersedekah..Alangkah Bahagia nyer nikmat Allah yang kita terima..apa yang penting keredhaan itu..!! Bagi kita tiada maknanya setakat 50 sen tau 40 sen yang kita sedekah pada tabung jihad kita kenapa NJC bgtau mcm tuh sebagai contoh klu kita beli Bidadari dgn harga RM 59.50, 0.25 % drpd harga RM 59.50 = iaitu RM 0.15 sahaja..Bagi kita yang yang memberi apa lh sgt dgn 15 sen tuh...Tapi besar maknanya bagi tangan Yang MENERIMANYA... Hulurkan Tangan Ringan Kan Beban..

Renungan NJC:
Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar...

Tuesday, December 6, 2011

Be GOOD To Yourself

alt

Trust yourself. You know what you want and need.

Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.Trust yourself. You know what you want and need.

Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.

Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.

When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.

Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.

When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.

When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.

When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.

When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment

When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.

When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 17, 2011

Rahsia mahu berjaya

Cuba kita lihat rata2 yg berjaya bagaimanakah orgnya...Adakah mereka tersenarai diantara apa yg akan saya katakan dibwah...atau sememangnya kita tidak mengenali mereka dgn lebih dekat tapi kita cuba guna akal fikiran utk mentafsirkan apa yg saya ingin kongsikan hari ini...
Saya bagi contoh Dato Stapa...Pengasas DCL..
Kata beliau ada rahsia disebalik jam 5-8 pagi...

How to become RICH?
----just become "GET RICH"----
dan ini yg selalu kita lupa bila kita mahu berjaya...
Maksud "GET RICH" itu dah cukup meluas utk ditafsirkan...
Saya rungkaikan satu persatu apa yg tersembunyi disebaliknya...

G--Get up early
E--Earn more than you spend
T--Train yourself one valuable finacial skills

R--Research network
I--Invest
C--Charity
H--Habit

Lihat apa yg disarankan...tidak semestinya kita terus jd KAYA..tapi most important kita "JADI KAYA" dulu..

Sebab itu kita disarankan bangun seawal 5 pagi..tahukah anda ketika itu otak anda sedang berada dlm keadaan yg paling 'fresh'..masa itulah pelbagai idea dan bahan yg anda baca mudah lekat didalam kotak fikiran..dan ilmu mudah tersimpan...

Selepas ini kita harus kurangkan perbelanjaan..beli betul2 mengikut keperluan bukannya kemahuan..kemudian cari cara tambahkan pendapatan utk jadi KAYA..bukan sekadar ungkapan 'pendapatan sampingan'...

Ajar diri kita utk manage kewangan kita...Wlupun kita tdk ada kelebihan menjadi 'accountant' tpi kita boleh belajar..gunakan fikiran dan ilmu pasti kita boleh lakukan...

Tahukah anda kdg2 kita terjumpa seseorang yg akan memberikan rezeki kepada kita..Allah memberi rezeki daripada org lain..kdg2 kita tidak sedar di sebaliknya beliau merupakan jaringan kita yg berpotensi utk meluaskan jaringan...

Setiap perniagaan memerlukan modal..tidak kira perniagaan apa sekalipun...semuanya menuntut pergorbanan masa dan tenaga dan wang ringgit...Tanya sahaja org2 yg berjaya...pernahkah mereka tidak mengorbankan apa yg saya nyatakan diatas...

The best thing is..charity...bersedekah..hakikatnya kekayaan atau kesenangan yg kita perolehi hari ini bukan utk kita seorang..Allah berikan segalanya supaya kita dpt membantu org2 miskin dan tidak berkemampuan...tapi hakikatnya ramai yg lupa...bersedekah sekadar mana yg anda termampu..bkn sbb mahukan nama dan populariti...
Bila niat sudah lari dari tujuan asal...wallahuallam...

Utk jadi kaya kita perlu jd seperti mereka...org kaya selalu EXCITED!!Tahukah anda org miskin dan lemah kebanyakan sakit jiwa danKEDEKUT...kerana sebahagian rezeki yg Allah bagi bukan utk kita...
Jadi org kaya mmg ada 3 benda ni:

Mad about Money
Make lots of Money
Money make Money

Jadi anda mahu berjaya..ubah sikap anda sekrg...Jom lakukan perubahan...

Wednesday, November 16, 2011

Berfikir Sebelum Bertindak

Penyesalan merupakan sesuatu yg sangat menyakitkan. Timbulnya penyesalan disebabkan kita tidak berfikir secara matang, sehingga keputusan yg diambil tidak sesuai dengan harapan. Agar kita tidak menyesal, Allah SWT menganugerahkan kemampuan utk menganalisis dan menyelesaikan masalah. Namun seringkali kita mengabaikan kemampuan ini. Dengan ungkapan lain, kita bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.



Penyebab utama dari pengabaian kemampuan itu adalah ketidakmampuan dlm mengendalikan emosi. Meskipun demikian, ada juga orang yg telah berfikir sebelum bertindak, tetapi hasilnya tidak seperti yg diinginkan, sehingga dia menyesal. Perkara ini sangat benar dan difahami. Tanpa penyesalan, kita tidak akan terdorong utk belajar. Tetapi, kesedihan yg tidak diurus dgn baik akan merosakkan dalaman serta luaran. Kesedihan yg berlebihan juga boleh menjadikan sistem kekebalan tubuh rosak, sehingga pelbagai jenis penyakit akan menyerang kita.



Seharusnya, kita berusaha menjernihkan fikiran dan memikirkan risiko yg akan timbul oleh keputusan kita. Seterusnya kita menguatkan keyakinan dan bertawakkal kpd Allah SWT. Mengenai hasilnya, kita serahkan sepenuhnya kpd Allah SWT. Bukankah DIA penentu segala sesuatu, sedangkan kita hanya boleh berusaha semaksima mungkin? 



Jika kita mampu memastikan hasil usaha kita, bererti inilah tanda kebodohan kita. Sesungguhnya ada banyak perkara yg tidak mampu kita jangkau, seperti perasaan atau keinginan orang lain. Oleh itu, sebaiknya kita berusaha mengendalikan diri sendiri dgn sentiasa berfikiran positif dan mengambil kesimpulan yg benar. 

Kita tidak boleh memikirkan cara utk mengubah sesuatu diluar kemampuan kita. Tindakan tersebut merupakan bentuk pembaziran yg boleh menghabiskan tenaga yg kita miliki, serta termasuk tingkah laku yg sangat tidak efektif dan tidak efisyen. Jika pembaziran ini tidak segera dihentikan, maka akan mengakibatkan terjadinya kekurangan psikologi dan spiritual.

Thursday, November 10, 2011

KITA Ini Adalah.........

Saya petik kata2 ini sebagai motivasi pd diri saya supaya sentiasa muhasabah diri...

ADA TAK DIMANA2 – MENGENAI DIRI KITA
Gemar menkritik orang
Tidak percaya pada orang lain
Bangga diri
Kurang bertolakansur
Tidak mengambil berat masalah orang lain
Tidak suka dikritik
Mudah melenting
Meradang dengan ketidakadilan
Sukar menerima orang lain

Berasa seperti bom jangka KALAU ADA.
ITU SINDROM BERMUSUHAN
Orang yang gemar bermusuh juga sering
Kelihatan sedih dan disalah anggap.
Mereka merasa diabaikan.
Mereka terperangkap dalam pusingan
Tidak dapat memuaskan perasaan
Diri sendiir , merasa gagal , tewas , ditolak
Pandangan tidak diterima dan kurangnya
Kejayaan diri. DAN LAGI Kajian selama 25 tahun keatas
Doktor dan peguam mendapati
Ada kaitkan antara sakit jantung
dan bermusuhan
Doktor yang pemarah didapati
berpotensi berhadapan masalah jantung
berbanding doktor yang penyabar
DAN LAGI Mereka yang terus marah didapati
Kurang bersenam.
Kurang menjaga penampilan diri
Tidak cukup tidur
Kuat merokok
SETERUSNYA Sifat bermusuhan biasanya bepunca
Daripada rasa marah.
3 pilihan untuk mengawal perasaan tersebut

MENGUBAH
MENGELAK
MENYESUAIKAN DIRI

- rujukan buku kekuatan emosi -




Jadi apa kata anda...adakah anda tergolong dlm salah satu perkara diatas...Fikir2kan...

Hubungi atau SMS atau EMAIL..

NJC 017-3389785

Friday, October 28, 2011

Tips Murah Rezeki...

REZEKI ialah apa yang dapat dimanfaatkan manusia sama ada halal atau haram,baik atau buruk. Harta pemberian Allah S.w.t merupakan rezeki yang dapat dimanfaatkan kerana ia memberi kemudahan hidup dan kemudahan untuk beribadah... ... ... .

Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. kesihatan , pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki.

Tips Murah Rezeki:

1. BERSEDEKAH
orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma,menolong orang)Allah S.w.t murahkan rezekinya.Berdasrkan ayat al-Quran:
Ertinya
" perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261)

2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat".

3. MEMILIKI SIFAT TAQWA
Sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa"iaitu meninggalkan segala larangan.
Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki:
Firman Allah S.w.t: ertinya
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka" (At-Talaq:2-3)

4. BERTAWAKAL

5. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja.

6.MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"

7.BERSILATURRAHIM
8.BERHIJRAH DI JALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.

9.BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH

10.MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA

11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR

Thursday, October 27, 2011

Mahalnya Hargamu......Aduhai MASA!!!!!!!!!


Aduhai.....Mahalnya hargamu...
Serasa ingin memilikimu, 
Namun kau terus menjauh.....

Aduhai.....Mahalnya hargamu...
Ingin ku genggam erat kau,
Tapi kau cuma daptku rasa seketika....
Sedang aku masih terkial-kial,
Melakar potret kejayaan ku...

Aduhai.....Mahalnya hargamu...
Kau terus pantas berlari,
Meninggalkanku,
Tak dapatku undurkan dirimu,
Walau sekelip mataku...

Aduhai.....Mahalnya hargamu...
Kau ibarat EMAS,
Bahkan lebih mahal dari itu,
Kau ibarat PEDANG,
Jika takku urus kau dengan baik,
Kau pula akan menghunusku.....

Kini............
Ku sedar betapa mahalnya hargamu.....MASA.......



Benarlah Sabda Nabi Junjungan SAW:

"Manfaatlah 5 masa sebelum datang 5 masa, Masa HIDUP kamu sebelum datang masa MATI kamu, Masa SIHAT kamu sebelum datang masa SAKIT kamu, Masa LAPANG kamu sebelum datang masa SIBUK kamu, Masa MUDA kamu sebelum datang masa TUA kamu, Masa kamu KAYA sebelum datang masa kamu ditimpa MISKIN....."
(Hadis Riwayat Iman Al-Hakim dan Al-Baihaqi dari Ibnu Abbas R.A)


Di sini NJC ingin berkongsi...... Jgn biarkan masa terus mengejar kita hingga kita terus tersungkur.... Rebutlah peluang dan masa yg ada untuk mengubah kehidupan kita dan menggenggam KEJAYAAN di Dunia & Akhirat.......................




Tuesday, October 25, 2011

Solat Dhuha 'MAGNET' Menarik Rezeki Kurniaan Allah SWT


" Kakak nak cari kerja tu rajin-rajinlah Solat Dhuha. Insya'Allah rezeki tu akan datang "

Itulah pesan seorang Ibu pada anaknya yang masih tak dapat kerja lagi. Pada saat itu, pesanan mama juga menyedarkan saya yang semakin jauh dengan Allah.

Rasulullah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)

Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?

Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila?Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.
Rasulullah SAW menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Bagaimana cara melaksanakannya?

Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha.
Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Saya biasanya baca Surah Dhuha pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Itu apa yang mama ajarkan pada saya.

Niat Solat Dhuha:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa:



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Sumber : tayibah.com dan nursyirah


"Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan)
adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang"


Bicara Hati NJC :

Solat Dhuha seharusnya dilakukan kerana Allah SWT bukan kerana mahukan rezeki yang melimpah ruah. Jika niat kita betol hanya kerana Allah SWT, Insya'Allah rezeki itu akan datang dengan sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...