Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan oleh seseorang untuk TIDAK memulakan perniagaan....
1. Saya tidak mempunyai idea atau saya terlalu banyak idea sehingga tidak tahu di mana nak mulakan....
Idea semata-mata hanyalah sampah. Idea perlu disusuli dengan kajian dan kemudian tindakan. Dalam hampir semua keadaan, idea hanyalah 1% daripada kejayaan, manakala 99% lagi datangnya daripada TINDAKAN!!! Ramai orang mempunyai pelbagai idea, tetapi hanya beberapa orang yang akan berusaha melaksanakan sesuatu idea. Jika anda mempunyai banyak idea sekalipun, ianya tidak berguna jika tidak menghasilkan duit. Idea perlu menghasilkan duit.
2. Saya tidak mempunyai masa
Siapa yang mempunyai masa ? Anda boleh menghabiskan masa untuk berborak kosong, menonton tv dan tidur berjam-jam, tetapi anehnya anda tidak mempunyai masa untukmeningkatkan pendapatan anda.
Tidakkah dengan bertambahnya pendapatan anda, anak anda akan mendapat kehidupan yang lebih baik ? Adakah berborak kosong, menonton TV dan tidur berjam-jam lebih penting berbanding kehidupan anak anda ? Pernah tak anda habiskan kerja yang perlu dihabiskan dalam masa 7 hari hanya dalam satu malam sewaktu mengejar dateline ? ini membuktikan anda sebenarnya mempunyai masa yang banyak sekiranya anda berusaha atau terdesak.
3. Saya perlu betul-betul bersedia sebelum memulakan bisnes
Ramai orang yang bercakap sebegini tidak akan memulakan sesuatu itu sehingga ke akhir hayatnya. Anda tidak perlukan PHD untuk memulakan sesuatu. Jika anda mulakan selepas mempunyai PHD, anda akan menyesal.
4. Saya tak nak membuang masa dengan sesuatu yang akan gagal, saya hanya nak teruskan idea yang benar-benar terbukti berjaya ?
Bagaimana ia boleh terbukti berjaya jika anda tidak mencuba ? Perniagaan adalah satu pembangunan yang memakan masa yang panjang. Anda perlukan banyak masa untuk belajar dari kegagalan. Jadi anda tidak akan tahu samada sesuatu itu akan betul-betul berjaya atau tidak.
Jika anda sudah tahu sesuatu idea itu terbukti berjaya, pada waktu itu sudah terlewat bagi anda kerana sudah ada orang lain yang sudah memulakannya.
Sekian, terima kasih
Very interesting article....
ReplyDeleteAll of these exercises can be done in the comfort within your personal home.
ReplyDeleteFeel free to visit my web-site: Check This Out
And Moms, I understand that macaroni and cheese is easy to
ReplyDeletefix and also your kids manage to appreciate it, but does one understand what
you might be executing to their bodies?
Also visit my webpage - simply click the next website
Bowflex Treadclimber TC5000 is surely an effective and pleasurable generating machine.
ReplyDeleteHere is my homepage ... bowflex selecttech 552 dumbbells sale
These are two workouts I are unable to reside without having.
ReplyDeleteAlso visit my page; Highly recommended Webpage