Malah, diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai salah satu ancaman yang besar terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial yang sangat besar terutamanya di negara-negara membangun.
Trend diabetes di Malaysia semakin membimbangkan dan golongan muda tidak terkecuali dalam menghidap diabetes.
Beban diabetes di Malaysia terus meningkat. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan semua orang digalakkan mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat.
Rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas diseru untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun dan jika mereka mempunyai faktor risiko diabetes, maka mereka perlu mula menjalani ujian saringan pada peringkat yang lebih awal.
Di Malaysia, 1.8 juta orang didiagnoskan dengan diabetes pada tahun 2010, peningkatan signifikan dari 1.4 juta berbanding tahun 2006.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa, pada tahun 2030, Malaysia akan mempunyai 2.48 juta penghidap diabetes.
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang ketiga juga menunjukkan bahawa kelaziman berlakunya diabetes lebih tinggi di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.
So, dari sekarang, mulakanlah langkah pencegahan awal dengan mengamalkan gaya hidup yg sihat serta pemakanan yg sihat.
No comments:
Post a Comment